Monday, January 31, 2011

selamat bercuti

assalammualaikum..

29 Januari - 6 Februari 2011 bermulalah cuti semester bagi mahasiswa UTM.. semoga dengan cuti seminggu ini, dapatlah para mahasiswa merehatkan minda.. dan tak lupa juga, assignment-assignment yang perlu diselesaikan.. cuti yang diberikan ini bukan bermakna kita bercuti dari segala-galanya.. tapi, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan assignment.. mungkin pada masa inilah nak catch up balik mana-mana subjek yang terasa tertinggal.. iyelah, awal-awal semester banyak main.. inilah masanya nak mengulang balik mana yang perlu.. pasti banyak lagi yang perlu dipelajari apabila sudah naik cuti nanti..

kepada mereka yang pulang ke kampung.. hati-hati dalam perjalanan.. jaga diri anda sebaik-baiknya dikampung.. inilah masanya untuk kita bermesra dengan ibubapa.. pasti ada yang merindukan kita semasa ketiadaan kita.. gunalah masa yang ada sebaik mungkin..

dan kepada mereka yang tidak pulang, pasti ada sebab yang tidak mengizinkan mereka turut pulang ke kampung untuk bersama keluarga.. semoga anda juga dapat menikmati cuti anda di UTM.. pasti aktiviti yang menarik telah anda susun..

akhir kata daripada PMP, PMP ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa UTM.. khususnya mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM.. cuaca yang tidak begitu baik ini, diharapkan anda dapat menjaga diri anda sebaik mungkin dan dapat kembali semula ke UTM..

No comments: