Sunday, February 13, 2011

gotong royong blik PMP~

assalammualaikum dan salam sejahtera..

pada 12 februari yang lepas, exco-exco PMP telah bergotong royong membersihkan bilik PMP.. suatu perubahan telah dilakukan didalam bilik gerakan PMP.. susunan meja dan perabot telah disusun atur.. tikar juga telah diganti dengan yang baru..
alhamdulillah, bilik gerakan PMP telah kelihatan lebih teratur dan kemas.. semoga dengan itu, para MT dan exco PMP akan lebih bersemangat untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan aktiviti yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi..
terima kasih juga daripada MT PMP kepada para exco yang telah hadir dan membantu gotong-royong ini.. dan terima kasih juga dikalangan MT PMP sendiri yang bertungkus lumus membuat satu perubahan di bilik PMP..

Tuesday, February 8, 2011

selamat kembali daripada cuti..

assalammualaikum dan salam sejahtera..

nampaknya, seminggu cuti semester telah pun tamat.. selamat kembali diucapkan daripada PMP kepada mahasiswa sekalian.. alhamdulillah, semuanya telah kembali ke UTM dalam sihat walafiat.. diharapkan dengan bermulanya semula penggal kedua ini dapat menyuntik semula semangat belajar dikalangan mahasiswa.. dan sudah pasti jugalah, cabaran semakin mencabar.. tugasan-tugasan, dan pastinya bermula demam ujian pertama.. 

PMP sekali lagi mengucapkan selamat kembali daripada cuti.. dan harapnya cuti seminggu tersebut digunakan dengan sebaik mungkin..