Thursday, October 13, 2011

BENGKEL SPSS


program bengkel SPSS adalah khusus untuk mahasiswa tahun akhir yang sedang membuat Projek Sarjana Muda (PSM).. 
perisian ini yang dapat membantu dalam mengira maklumat yang diperoleh..
oleh itu.. apa tunggu lagi..
jomlah sertai bengkel SPSS..

pada 21 OKTOBER.. hari Jumaat..
pada pukul 2.30-5.00 petang..
sila daftarkan diri anda pada Atiqah (013-4729678) sebelum 19 OKTOBER..
kerjasama dariapda anda amatlah dihargai..

sama-samalah memajukan dan menyokong aktiviti persatuan..

Monday, October 10, 2011

Laporan KESUMA'11


SEREMBAN- Pada 30 September hingga 2 Oktober yang lepas, seramai 56 orang mahasiswa UTM telah menyertai program Khidmat Akademik dan Sosial (KESUMA) di SMK Taman Semarak. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dibawah penganjuran Persatuan Mahasiswa Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan empat dan lima daripada sekolah berkenaan telah menyertai program yang julung kali ini diadakan. Objektif penganjuran program ini telah tercapai sepenuhnya apabila berjaya mendekatkan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Disamping melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, berkeyakinan, proaktif dan progresif yang dapat menyumbangkan bakti kepada anak bangsa, program ini juga menjadi sebagai satu platform kepada mahasiswa untuk mengenal dan mendekati senario persekolahan pada masa kini. Program ini juga telah mendapat pujian daripada warga guru SMK Taman Semarak dan sedia untuk memberikan kerjasama pada masa akan datang. Ini kerana, program ini dilihat dapat membantu para pelajar sekolah terbabit dari segi akademik mahupun pembinaan kendiri. Program yang berlangsung selama tiga hari itu juga berjaya mendapat reaksi positif daripada mahasiswa UTM yang hampir keseluruhannya terdiri daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan apabila dapat menimba pengalaman baru bersama dengan pelajar sekolah dan juga sebagai persiapan untuk melangkah ke dunia pendidikan. 
suasana majlis penutupan program KESUMA
para urusetia dan barisan fasilitator baru tiba di SMKTS

 Antara pengisian program KESUMA ialah KESUMA Challenge, COMICC Tuition, Kembara Sejarah, Jejak Universiti dan MEKAR. Setiap slot tersendiri sangat bermakna kepada pelajar-pelajar.
KESUMA Challenge ialah aktiviti yang mengandungi 10 halangan atau permainan. Para peserta dikehendaki menyelesaikan halangan yang tersedia dalam masa yang ditetapkan. Slot ini berupaya meletakkan para peserta dalam keadaan tertekan disebabkan hambatan masa. Disini pentingnya kawalan emosi dan stratergi untuk menyelesaikan halangan yang tersedia.
mengisi air dalam botol..

memasukkan bola ke dalam jaring..
COMICC tuition merupakan singkatan bagi Cooperative Mastery learning Inquiry discovery Contextual Constructivism yang merupakan teknik-teknik pengajaran. Teknik-teknik ini diaplikasikan keseluruhannya dalam slot tersebut. COMICC tuition ini merangkumi Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik. Bab-bab yang dipilih adalah permintaan daripada guru daripada sekolah tersebut. Melalui COMICC tuition ini, pelajar lebih dapat memahami topik tersebut apabila didedahkan dengan penggunaan teknik-teknik tersebut.

COMICC tuition matematik tambahan..

pelajar tekun menyelesaikan masalah..

eksperimen dilakukan dalam COMICC kimia
Kembara Sejarah pula ialah sejenis permainan monopoli. Disini menguji para pelajar akan pengurusan wang dan tindakan bijak yang perlu diambil yang berkaitan dengan wang.

tekun bermain monopoli..

berurusan dengan banker..
Dalam slot Jejak Universiti, pelajar didedahkan dengan hala tuju selepas SPM. Pendedahan dilakukan supaya dapat membantu pelajar membuat pilihan yang tepat selepas SPM. Pelbagai program didedahkan kepada pelajar supaya minda mereka lebih terbuka untuk membuat pilihan yang tepat.

Azuwan bersemangat memberi maklumat kepada pelajar..
Slot MEKAR adalah suatu slot bagi para fasilitator untuk mendekati para pelajar. Disini pentingnya peranan fasilitator untuk berkongsi pengalaman dan juga sebagai motivator dan pendorong kepada pelajar untuk terus semangat belajar.
fasilitator beramah mesra bersama pelajar..


Semoga program murni sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia yang berhempas pulas merancang dan melaksanakan program ini, barisan fasilitator yang sudi menabur bakti di SMK Taman Semarak, warga SMK Taman Semarak yang telah membantu dalam menjayakan program ini serta para pelajar yang telah menyertai program ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun secara tidak langung. Insya-Allah program sebegini akan berterusan dengan beberapa penambahbaikan.

majlis penutupan program KESUMA..

warga guru SMK Taman Semarak..



en Hadi bersama wakil JPN Seremban..

barisan fasilitator dan urusetia..   
warga SMKTS dan barisan fasiliatator UTM..

Sunday, September 11, 2011

Aktiviti-aktiviti PMP 2011/12


inilah antara program2 PMP yang akan diadakan pada semester ini..
pastikan anda tidak ketinggalan untuk sertai mana-mana program..
tarikh tertakluk pada perubahan..

Tuesday, August 23, 2011

Barisan Pimpinan PMP 2010/11

Assalammualaikum..

Tak lengkap sesebuah organisasi tanpa penerajunya..
Maka kali ini kami memperkenalkan barisan pimpinan PMP 2010/11 yang telah dilantik..

Presiden PMP 2010/11
Azizi Bin Johari
3 SPT


Timbalan Presiden
Najua Syuhada Binti Ahmad Alhassora
4 SPM

 Ahmad Shahafis Bin Muhamed
Naib Presiden I
2 SPM

Fatimah Sarah Binti Yaacob
Naib Presiden II
3 SPK

Nur Aainaa Binti Muhammad
Setiausaha Agung
4 SPM

Surya 'Ain Binti Ahmed
Timbalan Setiausaha
2 SPM

Mohd Azuwan Bin Samsulazli
Bendahari Kehormat
4 SPT

Ahmad Ariff Bin R. Azmi
Ketua Exco Sukan & Kebudayaan
2 SPM

Nur Atiqah Binti Ab Rahim
Timbalan Exco Sukan & Kebudayaan
 3 SPP

Noraliah Binti Zainal
Ketua Exco Kerohanian & Kaunseling
2 SPM

Siti Hajar Binti Zainal @ Atan
Timbalan Exco Kerohanian & Kaunseling
2SPJ

Karthik a/l Krishnan
Ketua Exco Akademik & Perhubungan Luar
2SPM

Nabila Binti Johari
Timbalan Exco Akademik & Perhubungan Luar
2SPL

 Wan Nur Anis Binti Wan Afthanorhan
Ketua Exco Kebajikan
2 SPQ

Nashasha Nabila Binti Sulaiman
Timbalan Exco Kebajikan
2 SPM

Nurul Izzanie Binti Adnan
Ketua Exco Penerbitan & Multimedia
4 SPK

 Nabila Suhaida Binti Abdullah
Timbalan Exco Penerbitan & Multimedia
2 SPJ

Abdul Rahim Bin Mat Desa
Ketua Exco Ekonomi
4 SPH










Friday, May 6, 2011

selamat bercuti..

alhamdulillah..
nampaknya kita sudah makin hampir dengan penghujung cuti semester.. mungkin ada yang masih lagi tengah berjuang dengan peperiksaan akhir.. mungkin juga ada yang sudah selesai.. kepada mereka yang masih lagi tengah berjuang.. belum terlambat kiranya untuk mengucapkan GOODLUCK.. dan kepada mereka yang telah selesai.. SELAMAT BERCUTI.. 

owhh ya.. penghujung semester ini bermakna semua mahasiswa dikehendaki mengosongkan bilik.. jadi.. selamat mengemas yek..

salam PMP untuk anda semua.. selamat bercuti.. semoga dapat memanfaatkan cuti yang panjang ini sebaiknya..

Saturday, March 12, 2011

pertandingan boling FP 2011..





kepada warga Fakulti Pendidikan..
pertandingan boling akan diadakan pada 19 Mac ini..
bayaran hanya RM40 untuk satu team..
sila hubungi nombor yang tertera untuk pendaftaran..
penyertaan daripada amat kami harapkan..
HADIAH MENARIK menanti para pemenang..
jadi, tunggu apa lagi..
cepat2.. ajak kawan..

sila hubungi Atiqah.. 013-4729678 untuk sebarang pertanyaan..

Sunday, February 13, 2011

gotong royong blik PMP~

assalammualaikum dan salam sejahtera..

pada 12 februari yang lepas, exco-exco PMP telah bergotong royong membersihkan bilik PMP.. suatu perubahan telah dilakukan didalam bilik gerakan PMP.. susunan meja dan perabot telah disusun atur.. tikar juga telah diganti dengan yang baru..
alhamdulillah, bilik gerakan PMP telah kelihatan lebih teratur dan kemas.. semoga dengan itu, para MT dan exco PMP akan lebih bersemangat untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan aktiviti yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi..
terima kasih juga daripada MT PMP kepada para exco yang telah hadir dan membantu gotong-royong ini.. dan terima kasih juga dikalangan MT PMP sendiri yang bertungkus lumus membuat satu perubahan di bilik PMP..

Tuesday, February 8, 2011

selamat kembali daripada cuti..

assalammualaikum dan salam sejahtera..

nampaknya, seminggu cuti semester telah pun tamat.. selamat kembali diucapkan daripada PMP kepada mahasiswa sekalian.. alhamdulillah, semuanya telah kembali ke UTM dalam sihat walafiat.. diharapkan dengan bermulanya semula penggal kedua ini dapat menyuntik semula semangat belajar dikalangan mahasiswa.. dan sudah pasti jugalah, cabaran semakin mencabar.. tugasan-tugasan, dan pastinya bermula demam ujian pertama.. 

PMP sekali lagi mengucapkan selamat kembali daripada cuti.. dan harapnya cuti seminggu tersebut digunakan dengan sebaik mungkin..

Monday, January 31, 2011

selamat bercuti

assalammualaikum..

29 Januari - 6 Februari 2011 bermulalah cuti semester bagi mahasiswa UTM.. semoga dengan cuti seminggu ini, dapatlah para mahasiswa merehatkan minda.. dan tak lupa juga, assignment-assignment yang perlu diselesaikan.. cuti yang diberikan ini bukan bermakna kita bercuti dari segala-galanya.. tapi, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan assignment.. mungkin pada masa inilah nak catch up balik mana-mana subjek yang terasa tertinggal.. iyelah, awal-awal semester banyak main.. inilah masanya nak mengulang balik mana yang perlu.. pasti banyak lagi yang perlu dipelajari apabila sudah naik cuti nanti..

kepada mereka yang pulang ke kampung.. hati-hati dalam perjalanan.. jaga diri anda sebaik-baiknya dikampung.. inilah masanya untuk kita bermesra dengan ibubapa.. pasti ada yang merindukan kita semasa ketiadaan kita.. gunalah masa yang ada sebaik mungkin..

dan kepada mereka yang tidak pulang, pasti ada sebab yang tidak mengizinkan mereka turut pulang ke kampung untuk bersama keluarga.. semoga anda juga dapat menikmati cuti anda di UTM.. pasti aktiviti yang menarik telah anda susun..

akhir kata daripada PMP, PMP ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa UTM.. khususnya mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM.. cuaca yang tidak begitu baik ini, diharapkan anda dapat menjaga diri anda sebaik mungkin dan dapat kembali semula ke UTM..

Friday, January 28, 2011

AGM PMP

assalammualaikum..

pada 19 Januari 2011 yang lepas..  Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan Mahasiswa Pendidikan telah diadakan.. di dalam mesyuarat ini, barisan pimpinan PMP 2010 telah dibubarkan.. melalui 30% cadangan barisan pimpinan yang lepas dan 70% atas undian, barisan pimpinan PMP 2011 telah terbentuk.. barisan pimpinan PMP 2011 akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat..

walau bagaimanapun.. jutaan tahniah kepada pimpinan yang lepas diatas usaha keras dalam memimpin PMP pada tahun lepas.. dan tahniah kepada pimpinan yang baru.. semoga pada tahun ini PMP dapat melonjakkan nama PMP khususnya dimata mahasiswa Fakulti Pendidikan, seterusnya dikalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia..

dan khusus untuk mahasiswa Fakulti Pendidikan, banyak aktiviti yang menarik telah dirangka.. penglibatan dan sokongan dari anda amatlah dialu-alukan.. dan untuk itu, blog ini akan terus dihidupkan sebagai salah satu medium pengantaraan antara kami barisan PMP dengan anda, mahasiswa Fakulti Pendidikan..