Friday, January 28, 2011

AGM PMP

assalammualaikum..

pada 19 Januari 2011 yang lepas..  Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan Mahasiswa Pendidikan telah diadakan.. di dalam mesyuarat ini, barisan pimpinan PMP 2010 telah dibubarkan.. melalui 30% cadangan barisan pimpinan yang lepas dan 70% atas undian, barisan pimpinan PMP 2011 telah terbentuk.. barisan pimpinan PMP 2011 akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat..

walau bagaimanapun.. jutaan tahniah kepada pimpinan yang lepas diatas usaha keras dalam memimpin PMP pada tahun lepas.. dan tahniah kepada pimpinan yang baru.. semoga pada tahun ini PMP dapat melonjakkan nama PMP khususnya dimata mahasiswa Fakulti Pendidikan, seterusnya dikalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia..

dan khusus untuk mahasiswa Fakulti Pendidikan, banyak aktiviti yang menarik telah dirangka.. penglibatan dan sokongan dari anda amatlah dialu-alukan.. dan untuk itu, blog ini akan terus dihidupkan sebagai salah satu medium pengantaraan antara kami barisan PMP dengan anda, mahasiswa Fakulti Pendidikan..

No comments: