Showing posts with label laporan. Show all posts
Showing posts with label laporan. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Laporan KESUMA'11


SEREMBAN- Pada 30 September hingga 2 Oktober yang lepas, seramai 56 orang mahasiswa UTM telah menyertai program Khidmat Akademik dan Sosial (KESUMA) di SMK Taman Semarak. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dibawah penganjuran Persatuan Mahasiswa Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan empat dan lima daripada sekolah berkenaan telah menyertai program yang julung kali ini diadakan. Objektif penganjuran program ini telah tercapai sepenuhnya apabila berjaya mendekatkan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Disamping melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, berkeyakinan, proaktif dan progresif yang dapat menyumbangkan bakti kepada anak bangsa, program ini juga menjadi sebagai satu platform kepada mahasiswa untuk mengenal dan mendekati senario persekolahan pada masa kini. Program ini juga telah mendapat pujian daripada warga guru SMK Taman Semarak dan sedia untuk memberikan kerjasama pada masa akan datang. Ini kerana, program ini dilihat dapat membantu para pelajar sekolah terbabit dari segi akademik mahupun pembinaan kendiri. Program yang berlangsung selama tiga hari itu juga berjaya mendapat reaksi positif daripada mahasiswa UTM yang hampir keseluruhannya terdiri daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan apabila dapat menimba pengalaman baru bersama dengan pelajar sekolah dan juga sebagai persiapan untuk melangkah ke dunia pendidikan. 
suasana majlis penutupan program KESUMA
para urusetia dan barisan fasilitator baru tiba di SMKTS

 Antara pengisian program KESUMA ialah KESUMA Challenge, COMICC Tuition, Kembara Sejarah, Jejak Universiti dan MEKAR. Setiap slot tersendiri sangat bermakna kepada pelajar-pelajar.
KESUMA Challenge ialah aktiviti yang mengandungi 10 halangan atau permainan. Para peserta dikehendaki menyelesaikan halangan yang tersedia dalam masa yang ditetapkan. Slot ini berupaya meletakkan para peserta dalam keadaan tertekan disebabkan hambatan masa. Disini pentingnya kawalan emosi dan stratergi untuk menyelesaikan halangan yang tersedia.
mengisi air dalam botol..

memasukkan bola ke dalam jaring..
COMICC tuition merupakan singkatan bagi Cooperative Mastery learning Inquiry discovery Contextual Constructivism yang merupakan teknik-teknik pengajaran. Teknik-teknik ini diaplikasikan keseluruhannya dalam slot tersebut. COMICC tuition ini merangkumi Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik. Bab-bab yang dipilih adalah permintaan daripada guru daripada sekolah tersebut. Melalui COMICC tuition ini, pelajar lebih dapat memahami topik tersebut apabila didedahkan dengan penggunaan teknik-teknik tersebut.

COMICC tuition matematik tambahan..

pelajar tekun menyelesaikan masalah..

eksperimen dilakukan dalam COMICC kimia
Kembara Sejarah pula ialah sejenis permainan monopoli. Disini menguji para pelajar akan pengurusan wang dan tindakan bijak yang perlu diambil yang berkaitan dengan wang.

tekun bermain monopoli..

berurusan dengan banker..
Dalam slot Jejak Universiti, pelajar didedahkan dengan hala tuju selepas SPM. Pendedahan dilakukan supaya dapat membantu pelajar membuat pilihan yang tepat selepas SPM. Pelbagai program didedahkan kepada pelajar supaya minda mereka lebih terbuka untuk membuat pilihan yang tepat.

Azuwan bersemangat memberi maklumat kepada pelajar..
Slot MEKAR adalah suatu slot bagi para fasilitator untuk mendekati para pelajar. Disini pentingnya peranan fasilitator untuk berkongsi pengalaman dan juga sebagai motivator dan pendorong kepada pelajar untuk terus semangat belajar.
fasilitator beramah mesra bersama pelajar..


Semoga program murni sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia yang berhempas pulas merancang dan melaksanakan program ini, barisan fasilitator yang sudi menabur bakti di SMK Taman Semarak, warga SMK Taman Semarak yang telah membantu dalam menjayakan program ini serta para pelajar yang telah menyertai program ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun secara tidak langung. Insya-Allah program sebegini akan berterusan dengan beberapa penambahbaikan.

majlis penutupan program KESUMA..

warga guru SMK Taman Semarak..



en Hadi bersama wakil JPN Seremban..

barisan fasilitator dan urusetia..   
warga SMKTS dan barisan fasiliatator UTM..